Feb 26, 2015

erm.. dilema lagi

Salam semua, harini aku rasakan yang aku makin tiada mood untuk ke tempat kerja. Aku mula rasa yang aku patut duduk rumah dan luangkan masa bersama anak aku. Aku mula rasakan yang aku perlu berkerja sendiri atau dengan erti kata lain kerja full time prudential balik. Setelah aku di Halliburton selama 6 bulan ni telah membuka mata aku yang dunia korporat amat membosankan. Setakat untuk terima gaji setiap bulan tanpa perlu fikir panjang memang aku akan say yes duduk di sini, tetapi jika untuk masa depan yang lebih terjamin dan masa berkualiti untuk anak dan keluarga aku akan pilih Prudential. 
Aku dalam dilemma sekali lagi, apa yang aku sebenarnya cari dalam kehidupan aku. Aku mahukan duit, aku mahukan anak, aku mahukan freedom, aku mahukan kemewahan, apa yang aku perlu buat? Any idea guys? Dulu nya aku full time insuran memang aku rasa kebebasan sampai aku pulak terjerumus dalam confort zone dan itu salah aku 100%. Sekarang bila aku telah buat apa yang aku nak rasa dan telah evaluate apa yang aku nak, aku dapat rasakan yang jiwa aku adalah di Prudential. Yeay! Aku sudah tahu apa yang aku nak? Aku akan kembali tak lama lagi tetapi buat masa sekarang aku kena susun strategi agar hidup aku lebih teratur sebab tak lama lagi anak ke 3 aku akan keluar. Ermmm memang byk pulak anak aku kan.. siapa sangka.
Rumusan yang aku boleh buat ialah sekuat mana kita berusaha tetapi tanpa redha dari Allah s.w.t nasib kita akan sama. So sama-sama la mencari keredhaan Allah. Skrg yang paling penting suami aku Akil kena stabil kan diri dia dulu kalau tak selamanya aku kena tanggung segalanya dan selamanya cita cita aku akan terkubur macam tu jer. 
Semoga Allah akan bantu aku Berjaya untuk perancangan kali ni, akan aku update lagi journal kejayaan perubahan dalam hidup aku.

No comments:

Post a Comment