Nov 22, 2010

Bagaimana nak hilangkan perasaan benci dan dendam yang sangat kuat??

Sedang aku duduk sorang sorang lepas keje, aku terfikir, macam mana aku nak hilangkan perasaan benci dan dendam terhadap seseorang. Aku tak suka perasaan sebegini tapi aku tak boleh lupakan peristiwa peristiwa yang membuatkan timbulnya benci dan dendam tu. Bagi diri aku, tiada maaf. Sekali kau bagi aku sakit hati aku tak akan baik ngan kau lagi sampai mati. Aku tahu sedangkan Nabi ampunkan umatnya, tapi bagi aku bila seseorang itu menyakiti hati aku pada ketika hati aku sangat bersih dan baik, aku memang akan kecewa dan bertukar menjadi benci dan seterusnya dendam yang teramat kuat. Aku kini berada dalam stage yang kritikal aku rasa, dendam aku sangat kuat sehingga setiap kali ada peristiwa atau perkataan yang pernah menyakitkan hati aku itu terpapar di TV atau disebut , dendam aku membuak buak benci. Aku juga susah percayakan orang, sekali aku percaya aku akan percaya dan sekali kau punahkan kepercayaan itu, aku takkan percaya kat kau lagi sampai mati walaupun kau dah berubah.

Benda benda sebegini yang menyebabkan aku rasa diri aku ni teruk, tapi aku tak tahu apa solution untuk cuba maafkan orang dan jangan ada dendam dalam hati. What is past, is past.. I hope I can do that!!!!
Ada orang nasihatkan aku sembahyang banyak2, istigfar, tapi aku susah nak maafkan orang.

Aku harap aku boleh berubah dan aku juga harap keputusan aku untuk berubah jadi baik dan maafkan orang tak akan berbalik kepada aku balik maksudnya jangan orang yang aku maafkan itu naik kepala dan buat benda yang sama balik.

Aku nak jadi baik macam dulu, tapi kenapa orang ni tak baik ngan aku... nak pijak kepala bila aku baik.. sekarang aku dah jadi hati keras macam batu susah aku nak berpatah balik.. amik masa aku nak terima orang yang aku benci. (Cooling period)

Aku bukan perfect, tiada orang yang perfect.. Kelemahan aku yang aku sendiri sukar nak tangkis ialah perasaan BENCI dan DENDAM!

1 comment:

  1. nape ni? sapa yg buat jahat kt kawan mak ni..isk..call me k? if u feel like talking to a friend..:)

    ReplyDelete