Feb 26, 2015

erm.. dilema lagi

Salam semua, harini aku rasakan yang aku makin tiada mood untuk ke tempat kerja. Aku mula rasa yang aku patut duduk rumah dan luangkan masa bersama anak aku. Aku mula rasakan yang aku perlu berkerja sendiri atau dengan erti kata lain kerja full time prudential balik. Setelah aku di Halliburton selama 6 bulan ni telah membuka mata aku yang dunia korporat amat membosankan. Setakat untuk terima gaji setiap bulan tanpa perlu fikir panjang memang aku akan say yes duduk di sini, tetapi jika untuk masa depan yang lebih terjamin dan masa berkualiti untuk anak dan keluarga aku akan pilih Prudential. 
Aku dalam dilemma sekali lagi, apa yang aku sebenarnya cari dalam kehidupan aku. Aku mahukan duit, aku mahukan anak, aku mahukan freedom, aku mahukan kemewahan, apa yang aku perlu buat? Any idea guys? Dulu nya aku full time insuran memang aku rasa kebebasan sampai aku pulak terjerumus dalam confort zone dan itu salah aku 100%. Sekarang bila aku telah buat apa yang aku nak rasa dan telah evaluate apa yang aku nak, aku dapat rasakan yang jiwa aku adalah di Prudential. Yeay! Aku sudah tahu apa yang aku nak? Aku akan kembali tak lama lagi tetapi buat masa sekarang aku kena susun strategi agar hidup aku lebih teratur sebab tak lama lagi anak ke 3 aku akan keluar. Ermmm memang byk pulak anak aku kan.. siapa sangka.
Rumusan yang aku boleh buat ialah sekuat mana kita berusaha tetapi tanpa redha dari Allah s.w.t nasib kita akan sama. So sama-sama la mencari keredhaan Allah. Skrg yang paling penting suami aku Akil kena stabil kan diri dia dulu kalau tak selamanya aku kena tanggung segalanya dan selamanya cita cita aku akan terkubur macam tu jer. 
Semoga Allah akan bantu aku Berjaya untuk perancangan kali ni, akan aku update lagi journal kejayaan perubahan dalam hidup aku.

Dec 12, 2014

Salam semua

Hari ini adalah 12/12/2014 dah tak lama kita akan melangkah masuk ker tahun 2015. Cepat kan masa berlalu. Apa yang dah aku achieved dalam hidup ni? ENtahla.. Byk kesusahan dan kegembiraan yang aku lalui di 2014 ni. MAcam macam sehingga harini masih di uji.. Allah sayangkan aku agaknya. 😭. dari aku mula berblog anak aku cuma 1 dan sekarang aku sedang mengandungkan anak ke 3.. wow cepat kan. SKrg aku sudah mula masuk kerja dengan alasan anak aku sudah besar dan aku boleh masuk keje opis balik.. baru 3 bulan masuk keje opis dah pregnant balik. Adoi... Adakah ini petanda yang aku ni hanya layak untuk keje sendir? Maybe. .. Summary hidup aku 2014 ni byk sedih dari gembira. dari hal rumahtangga sampaila hal keluarga semuanya memerlukan ketahanan mental yang tinggi. Aku cuma berdoa sehingga kini agar aku sentiasa berada di landasan yang betul demi anak2 aku yang sangat aku sayangi.

Dan 3 bulan aku keje opis ni, so far ok la best sebab ramai kawan compare to masa keje sendiri dulu.. cuma time memang tak sebanyak dulu. Ada pro and cons tapi aku suka keje skrg ni sbb tak la stress pun.. at least aku ada 2 income untuk menyapot hidup aku dan keluarga aku..Alhamdullilah dengan rezeki Allah. Bersyukur sgt. Aku cuma harapkan segalanya akan berjalan lancar untuk aku di tahun baru ni.. aku tak mahu lagi masalah yang sama membelenggu diri aku.. cukupla tahun 2014 yang penuh liku ni.

Semoga aku akan selalu tulis blog semula supaya aku tidak bercakap sorang sorang .. heh aku tulis jer apa ada dalam otak aku. 🙆

Mar 11, 2014

haloo

setelah 2 tahun.... lamanya tak berblog... nanti cari idea baru nak tulis... da....

Dec 10, 2011

: ( sedih sangat harini

Harini adalah hari yang paling aku sedih sejak aku di lahirkan. Okla aku citer dari awal. Monday lepas aku happy sebab tak sabar nak tunggu parents ngan anak aku sampai. Suasana semuanya happy. Makan makan, bawak g jalan jalan, shopping semua nya best. Pada hari khamis baru ni, lepas aku balik dr klcc dengan adik beradik aku dan parents, balik rumah dalam kol 8, balik balik akil nyer muka dah macam taik.. Tunjuk perangai kat mak bapak aku kononnya protes. Dalam hati aku sedih dan geram kenapa la jantan ni suka sgt buat muka macam tu. Aku kesian kat parents aku yang serba salah nak buat apa. Aku diam jer sebab tak nak bergaduh. Tetiba anak aku Dania asyik bergaduh ngan akil, aku dah tak larat nak handle.. Aku risau akil akan pukul dania lagi. Biar pun dania tu ada naughty nyer tapi dia baru 2 tahun 3 bulan kot kalu nak pukul. Aku rampas la dania dr akil, terus dia melenting depan parents aku.. Maki maki dan aku pun sama naik ler.. Tapi yang tak sangka ialah akil keluarkan statement yang sangat tak patut dikeluarkan oleh seorang suami kot.. Dia kata yang aku terhegeh hegeh nak mengandung lagi tu kenapa? Mak bapak aku terus tersentap melihat kurang ajarnyer laki aku ni.. Aku pun terus lawan dan cakap aku nak anak ni dan aku yang mengandung bukan kau. Tapi lepas pergaduhan tu, parents aku terus tak respect suami aku lagi. Aku pun memang dah tawar hati walaupun aku tak lali dengan kata kata akil tu. Bagi parents aku,itu dah melampaui batas.. Sampai skrg diorang dah taknak cakap n taknak tgk muka akil lagi.

Masalahnya, aku yang tersepit di tengah tengah.. Memang aku ada rasa nak berpisah jer ngan akil sebab dia memang melampau. Tapi macam mana ngan anak aku, aku pulak tgh sarat. Aku nak kena tanggung anak lagi, aku nak kena support family lagi, aku nak kena kerja lagi.. Aku serba salah sangat...

Yang paling sedih ialah harini aku bertengkar ngan mak aku sebab family aku semua salahkan aku sebab tak halang epoi dari keluar rumah masa haritu. Sebelum ni adik aku duduk dengan aku.. Dah hampir setahun dia duduk sini, bila dah gaduh gaduh macam ni, aku terus la suruh dia cari rumah lain sebab aku pun tak tahu nasib aku macam mana. Tapi semuanya salahkan aku sebab tak tahan dia dari berpindah dari sini. Ya, aku ada keluarkan statement dulu aku pun datang kl sorang sorang takda saudara mara cari rumah sendiri pastu duduk ngan stranger cina lagi. Kenapa dia tak boleh. Masalahnya perkataan aku tu diorang semua salah erti dan salahkan aku. Aku stress sangat sebab selama ni aku bagi tumpang tanpa cakap apa apa pun, cuma bila aku pun fikir nak keluar dari rumah ni dan uruskan hidup aku, aku suruh la dia pun bawak diri dan pandai pandai ler berdikari. Hidup aku pun terumbang ambing. Epoi yang tergesa gesa nak keluar rumah kononnya tak tahan lagi duduk rumah ni nak berdepan ngan perangai akil lagi. Aku kelu dan terdiam sebab aku pun tak tahu mana arah tuju aku lagi. Tapi semua salahkan aku dan kecik hati.

Aku rasa penat, kenapa aku jer kena fikir nak jaga hati korang, aku susah sorang sorang aku tak pernah mengadu atau tunjukkan pada sesiapa. Aku menangis , aku menjerit aku dah nak jadi mental pun aku handle sorang2 sebab taknak mak ngan bapak susah hati. Aku tahu tanggungjawab aku berat, aku kena kuat dan teruskan hidup walau apa pun dugaan aku. Paling teruk pun aku nangis sehari suntuk pastu aku doa dan aku redha dengan semua yang jadi. Tapi bila orang yang aku paling sanjung iaitu mak ngan bapak pun nak salahkan aku atas apa yang terjadi kat epou, aku rasa sangat sedih sebab kenapa aku jugak yang kena tanggung semua ni.. Epoi tu lelaki, dah nak kawen pun, takkan ler nak cari rumah pun tak tahu.. Diorang semua risau sebab dia.. Habis aku ni? Sorang sorang mengandung , takda tempat mengadu, suami pun perangai macam apa... Kena kerja kuat sebab nak tanggung diri dan anak, dan family. Pernah tak diorang fikir apa yang aku tanggung dan pernah ker aku mengadu susah.. Walaupun dalam hati ni ALLah Jer yang tahu. Demi mak ngan bapak, aku kerja kuat, aku jadi kuat walaupun hidup aku merana. Tapi aku sedih sangat bila diorang cakap macam tu. Aku terus lemah.. Akil maki hamun aku pun aku tak sesedih ni, orang yang aku paling protect, orang yang aku sanjung , sampai hati jugde aku macam tu. Tapi macam biasala aku redha sebab diorang dah tua maybe sebab sedih atas apa yang berlaku haritu diorang pun tak boleh berfikir ngan betul.

Sekarang semua dah jadi masalah besar, parents aku dah tak leh terima akil, lagi 2 minggu nak amik dania, akil pulak tak habis habis ngan buat perangai kat parents aku.. Tu memang lelaki kurang ajar dan patut dapat balasan. Aku tersepit di tengah tengah nak jaga hati mak ngan bapak, mana pula nak jaga rumah tangga.. Aku buntu sangat...sedih sangat.. Takda mood sangat nak hidup... Rasa penat berkorban untuk orang lain.. Rasa nak delete semua memory dalam otak..

Nov 20, 2011

Rasa nak tulis

Dah 2 hari aku tak keluar rumah memang boring giller. Akil pulak outstation dah 4 hari. Anak jauh.. Memang bosan, nak keluar rumah pun malas. Yang sedihnya aku tak tau nak makan apa. Lapar memang lapar, maggi biskut semua dah telan, tp rasa tak puas jer makan benda tu.. akil sedap jer makan kat sana sampai tak da masa nak call aku kat sini. Sakit hati betul. Sekarang ni tengah layan ffm yang bosan ni.. Layan jer la sbb takder citer lain.

Aku bosan, tangan aku asyik nak call jer Akil, tapi tak boleh sebab aku dah kena warning untuk bagi chance untuk dia relax ngan kawan kawan. Ok aku terima walaupun aku sakit hati nak terima statement tu. Dalam hati aku aku cuma katakan takper, aku akan balas statement tu suatu hari nanti. Siapla kau hehe..

Lately ni aku dah start rasa ada movement baby, aku dah 17 minggu. Tak lama lagi dah nak masuk 5 bulan. Cepat giller. Kandungan aku kali ini kurang mendapat persetujuan dari suami, memang sedih nak terima kenyataan yang suami sendiri tidak berapa happy bila mengetahui aku mengandung. Aku dah berjaya menjaga kandungan ni sehingga hari ni. Muntah, pening , turun darah semua aku dah lalui untuk kandungan kali ini. Alhamdullilah sekarang aku dah beransur pulih, tiada lagi morning sickness cuma aku senang di serang pedih ulu hati kalu perut kosong lebih dari 3 jam. So aku kena le makan setiap 3 jam tapi sikit sikit ler. Aku happy dan tak sabar nak tunggu 2nd baby aku keluar. Walaupun kandungan kali ni aku syok sorang dan tak dihiraukan oleh suami tp aku redha dan sanggup tahan dugaan kandungan kali ni. : )

Yang merunsingkan aku ialah, macam mana aku nak jadi seorang yang sangat positif dan kuat dalam mengharungi saat aku pregnant kali ni. Nak cakap aku janda aku bersuami tp layanan akil terhadap aku memang macam tak faham yang aku tgh mengandung. Aku ok jer dan telan bulat bulat supaya aku tak stress tapi kadang kadang aku sedih jugak bila fikir sorang sorang. Aku sentiasa happy dan sentiasa tenang dan sentiasa ada ketika dia susah atau ada masalah tapi kenapa aku jer kena macam tu... Aku nak jer jadi jahat dan buat benda bagi dia sakit hati tapi aku taknak gaduh gaduh dah penat la.

Aku rasa aku just relax and banyakkan bersabar jer kot dan teruskan kehidupan . Mummy jadi kuat sebab nana ngan baby hariz... Lov u both so much!!!!

Sep 9, 2011

Salam semua!!!

Setelah sekian lama aku tak Berblog, tetiba skrg ni aku teringat yang aku ada blog... Skrg ni aku dalam perjalanan ke IPoh maybe sebab bosan duduk belakang tak tahu nak buat apa aku terdetik untuk berblog.

Last entry aku bulan feb haritu, kira dah 6 bulan lebih aku tak update. Apa yang terjadi ngan aku? Takder apa apa yang berubah mungkin cara hidup aku jer yang sedikit lain ngan dulu. Aku skrg makin bz dan tak byk luangkan masa depan komputer.


Berita yang aku pun tak sangka ialah sekarang ni aku pregnant 2nd baby.. Bukan dengan lelaki lain yer still dengan suami aku yang dulu.. Hehe. Walaupun byk dugaan dan cabaran nak mengekalkan rumahtangga aku yang sentiasa ada gegaran, bOleh tersangkut pulok.. Skrg kandungan aku dah 7 minggu. Minggu depan baru aku akan start scan.

Dania dah 2 tahun esok. Aku cuma risau alahan yang teruk macam 1st baby dulu. Perbezaan pregnant kali ni ,Setakat ni aku takder lagi muntah tapi aku jadi malas nak make up, malas nak bersiap, aku asyik mengantuk ajer.. Maybe muntah tak start lagi.. Or kali ni takder muntah.. Tgkler nanti.

Bila pregNant, 1st feeling yang aku rasa ialah happy walaupun suami aku agak risau. Bagi aku rezeki setiap anak ada dan tak perlu risau cuma kita perlu berusaha yang terbaik untuk anak. 2nd feeling ialah aku fobia. Untuk kawan kawan yang baca entry aku dulu patut tahu apa yang aku fobiakan.. Tapi aku berharap jangan ada perkara macam tu berulang lagi sewaktu aku dalam pantang. Takut meroyan aku nanti.. Walau macam mana pun, aku akan cekal dan tabah untuk mengaharungi bulan bulan akan datang sehinggalah lahirnya baby aku ni...

Feb 26, 2011

SusahKER kalu jadi sUper wOMan.

Makin hari aku makin penat nak uruskan semua benda di rumah. Penat ler jadi super woman ni. Semua benda aku usahakan sehingga berjaya dan pastikan semua berjalan dengan lancar. Tetapi yang menyakitkan hati aku ialah aku tidak mendapat moral support yang cukup. aku jadi stress pulak.. lately ni. Aku lagi banyak benda nak fikir kot, tapi aku tak pernah merungut, membebel, buat muka or takder mood. Aku macam biasa setiap hari, sebab bagi aku semua benda boleh diselesaikan, just the matter of time.

Yang menyakitkan hati aku ialah orang yang suka membabitkan orang lain apabila dia ada masalah. Pantang aku dengan orang macam ni, tahan geram jer la. Yang paling membuatkan aku hangin tahap gaban ialah engkau tak buat apa apa pun kot, apa masalah engkau yer? Memang aku stress.

Bagi aku yang penting sekarang ni, aku just ignore dan biarla ko nak bertapa or buat muka. Yang penting aku happy dan settlekan keje aku. Aku sekarang lebih happy dengan cara aku handle masalah sebab aku dah jadi hati batu. Aku dah malas nak fikir masalah yang remeh dan serabut. Aku dah berjaya menukarkan dari seorang yang selalu risau kepada orang yang positif dan hati batu.. hehe..aku dah taknak jadi hati manusia.

malam ni aku tak leh tido, mood untuk update blog datang tetiba. Aku teringat mak dengan bapak. Aku sedih bila teringat mereka berdua. Aku ni jenis yang tak tahu tunjukkan sayang aku kepada mereka. Aku pun tak leh bertentang mata dengan mereka sebab aku sedih. Aku nak bahagiakan mereka tapi aku belum mampu untuk membuatkan mereka senang dan gembira di saat mereka tua.

Aku sekrang boleh dikatakan tidak kaya dan tidak miskin, rezeki yang cukup untuk menampung diri dan keluarga. Tapi aku selalu takut, sempatkah aku membalas budi kedua ibu bapa aku. Tiap tiap kali masalah yang berat menimpa aku satu persatu, perkara pertama yang datang dalam fikiran aku ialah parents aku dan dania. Setiap keputusan yang aku buat semuanya kerana mereka.

Aku dapat merasakan yang aku kini memang telah berubah dari dulu, aku jadi lebih matang sekrang. Aku clear apa yang aku really want. Cuma aku kena usaha lebihhhhhhhhhh.

Target for this year ialah 308000npc dan star club Osaka dan Hokaido. Recruit 5 orang by end of this year. Beli kerete baru sama ada Honda Civic atau Peuguot 308 Turbo. InsyaAllah Amin!!!!!

Aku ni nak buat semua benda, aku nak semua benda berjalan seperti yang di rancang. Aku selalu ada back up plan. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.